Man Utd tidak boleh terbiasa dengan kekalahan: kata Fernandes
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Oli SCARFF / AFP)
MANCHESTER: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes berkata, penyokong kelab itu tidak seharusnya merendahkan jangkaan mereka walaupun pasukannya bergelut musim ini, khususnya di Old Trafford.
Fernandes menyelamatkan pasukannya dengan gol minit kecederaan untuk mengalahkan Rangers yang kekurangan pemain 2-1 pada Khamis (23 Jan) dan semakin layak untuk terus ke pusingan 16 Liga Europa.
United telah tewas empat daripada lima perlawanan di tempat sendiri sebelum ini, yang mendorong pengurus Ruben Amorim mengisytiharkan pasukannya "paling teruk" dalam sejarah kelab itu.
"Di kelab ini, anda perlu memenangi setiap perlawanan, anda tahu bahawa jika anda tidak memenangi perlawanan di sini ia akan menjadi sukar, akan ada saat yang sukar," kata Fernandes kepada TNT Sports.
"Ini adalah kelab besar yang sudah biasa memenangi perlawanan. Saya harap peminat kami tidak pernah terbiasa dengan kekalahan perlawanan, walaupun dalam pengalaman sukar ini. Saya mahu mereka berasa seperti pasukan ini perlu memenangi setiap perlawanan."
Satu mata di tempat lawan menentang pasukan Romania, FCSB, minggu depan sudah cukup untuk memastikan kedudukan lapan terbaik dalam carta Liga Europa untuk United dan mengelakkan pusingan playoff.
Amorim telah terdesak untuk mara terus ke pusingan 16 terakhir untuk memberinya masa yang sangat diperlukan di padang latihan untuk menanam ideanya.
Fernandes mempunyai cita-cita yang lebih tinggi kerana dia menyasarkan memenangi pertandingan di Bilbao pada Mei nanti.
“Hari ini penting untuk meraih kemenangan kerana kami mahu melepasi saingan Liga Europa, kami mahu ke final,” tambahnya.
"Kami mahu berada dalam kelompok lapan pertama jadi kami mengelak daripada bermain dua lagi perlawanan."
United juga menjaringkan gol lewat minggu lalu untuk bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menewaskan Southampton 3-1 hasil hatrik Amad Diallo.
Fernandes menyeru pasukannya untuk menunjukkan lebih konsistensi daripada bergantung kepada aksi heroik di saat-saat akhir untuk menyelamatkan diri dari kesulitan.
“Kami perlu konsisten sepanjang 90 minit, tidak kira keputusan, kami perlu sentiasa berusaha mencari jalan untuk memenangi perlawanan," katanya.

Sumber : AFP/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.