Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man Utd menang 2-0 ke atas Villarreal

Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick sangat teruja dengan kebolehan Jadon Sancho selepas pemain sayap itu menamatkan penantian untuk menggegarkan gawang pasukan lawan dengan kemenangan ke atas Villarreal dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Man Utd menang 2-0 ke atas Villarreal

Jadon Sancho (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol di hadapan Michael Carrick selepas tamat perlawanan UCL kumpulan F antara Villarreal dan Manchester United di Stadium Ceramica, Villarreal, Sepanyol, 23 Nov 2021. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 24 Nov 2021 02:24PM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 02:26PM

LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick sangat teruja dengan kebolehan Jadon Sancho selepas pemain sayap itu menamatkan penantian untuk menggegarkan gawang pasukan lawan dengan kemenangan ke atas Villarreal dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi (24 Nov).

Dalam perlawanan pertama mereka sejak pemecatan Ole Gunnar Solksjaer, Manchester United menang 2-0 di Sepanyol dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Ini sekali gus mengesahkan tempat mereka dalam pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama bagi United dan Sancho memastikan kemenangan mutlak dengan gol seterusnya pada minit ke-90 perlawanan.

Keputusan perlawanan pagi tadi bermakna Carrick merupakan pengurus Inggeris pertama yang memenangi perlawanan pertamanya ketika mengendalikan kelab berkenaan sejak pencapaian Walter Crickmer pada 1931.

Bekas pemain midfield itu ternyata gembira dengan semangat perjuangan oleh anak didiknya ketika memperolehi kemenangan.

"Bagi saya ia adalah cara terbaik untuk menang," katanya kepada BT Sport. "Kami perlu menunjukkan beberapa karakter, kami perlu bekerja keras, berjuang.

"Rentak awal kelihatan seperti tidak akan memihak kami dan selepas rehat, kami kembali bersatu dan pemain menghasilkan kesan besar.

"Itu sahaja yang saya boleh harapkan, barisan pemain memberikan segala-galanya," katanya.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan