Skip to main content

Sukan

Man Utd duduki tempat kedua meski kalah kepada Valencia

Manchester United mensia-siakan peluang untuk menduduki tangga teratas kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu (12 Dis) setelah tewas 2-1 di tangan Valencia dalam perlawanan yang hambar.

Anggaran Waktu Membaca:
Man Utd duduki tempat kedua meski kalah kepada Valencia

Perlawanan antara Man United dengan Valencia (Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 Dec 2018 10:38AM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 10:44AM

VALENCIA: Manchester United mensia-siakan peluang untuk menduduki tangga teratas kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu (12 Dis) setelah tewas 2-1 di tangan Valencia dalam perlawanan yang hambar.

Meskipun kecundang, United sudah terjamin sebagai antara 16 pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Pengurus pasukan, Jose Mourinho membuat lapan perubahan di Stadium Mestalla, termasuk kemunculan semula bintang midfield Perancis, Paul Pogba.

Namun bagi sebahagian besar perlawanan, United tetap diatasi pasukan Sepanyol itu, yang menduduki tangga ke-15 dalam La Liga.

Selepas perlawanan, Mourinho seolah-olah menyindir para pemainnya atas prestasi mereka. "Tiada apa-apa yang mengejutkan saya," katanya.

Jaringan Carlos Soler dan gol sendiri oleh Phil Jones meletakkan Valencia di hadapan dalam separuh masa kedua perlawanan, sebelum United bangkit pada minit-minit terakhir dan tandukan Marcus Rashford memberikan mereka sedikit harapan.

Mungkin Mourinho dan pasukannya sudah menganggap Juventus akan menang di Young Boys namun kekalahan mengejut 2-1 oleh pasukan Itali itu bermakna United sebelum itu mempunyai harapan untuk menduduki tempat pertama.

Sebaliknya, United mara ke peringkat seterusnya di tempat kedua. Mereka berkemungkinan menghadapi Real Madrid, Barcelona, ​​Bayern Munich, Paris Saint-Germain, Borussia Dortmund atau Porto.

Jika United menduduki tempat pertama, United akan berdepan dengan Atletico Madrid, Roma, Schalke, Ajax atau Lyon.

"Selain beberapa kelab yang jelas jauh lebih baik daripada yang lain, saya tidak fikir cabutan itu mempunyai perbezaan yang ketara," kata Mourinho. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita