Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man Utd belasah Chelsea 4-1 layak ke Liga Juara-Juara

Anggaran Waktu Membaca:
MANCHESTER: Erik Ten Hag berkata Manchester United sudah kembali ke tempat mereka selepas membelasah Chelsea pada Khamis (25 Mei) dan mengesahkan kelayakan mereka untuk ke Liga Juara-Juara pada musim seterusnya.

Casemiro, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford berjaya menjaringkan gol membawa The Red Devils ke tangga ketiga di Liga Perdana England.

Malam yang menyedihkan menyimpulkan musim Chelsea walaupun membelanjakan lebih £500 juta ($835 juta) dalam pasaran pemindahan pemain sedang mereka kalah buat kali kelapan dalam 10 perlawanan sejak Frank Lampard kembali sebagai pengurus sementara.

Sebaliknya, pengesahan pasukan empat teratas menamatkan musim pertama yang berjaya dikendalikan Ten Hag selepas turut menamatkan kemarau trofi United selama enam tahun dengan memenangi Piala Liga pada Februari.

Lebih banyak trofi mungkin akan datang bulan depan sekiranya United menghentikan usaha Manchester City untuk memenangi trofi sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala FA.

Namun, untuk kembali ke persaingan elit Eropah musim depan adalah salah satu sasaran utama Ten Hag apabila beliau mengambil alih pengendalian skuad tersebut selepas kempen buruk 2021/22 apabila United menduduki tempat keenam.

"Saya rasa (ia adalah) musim yang baik tetapi musim ini belum selesai," kata Ten Hag.
Sumber : AFP/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan