Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man United tidak cukup bagus, sukar layakkan diri ke empat tempat teratas, dedah De Gea

David De Gea memberikan penilaian buruk terhadap mutu Manchester United dan mengakui 'amat sukar' untuk mereka menamatkan saingan di empat teratas.

Anggaran Waktu Membaca:

ENGLAND: David De Gea memberikan penilaian buruk terhadap mutu Manchester United dan mengakui 'amat sukar' untuk mereka menamatkan saingan di empat teratas.

United dikejutkan dengan kekalahan 1-0 ke atas pasukan yang bergelut mengelak penyingkiran, Everton di Goodison Park semalam (9 Apr), dengan gol daripada Anthony Gordon gagal dibalas oleh United untuk meraih sebarang mata.

Ralf Rangnick kini sekadar menang lapan daripada 17 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengendali Red Devils, menjadikan peratus kemenangan hanya kepada 47 peratus - yang paling teruk dari mana-mana pengurus yang pernah dimiliki kelab dalam pertandingan itu, seperti dinukil Astro Arena.

Ia merupakan kekalahan kelapan United musim ini - hanya kali kelapan mereka tewas sebanyak itu dalam satu musim.

De Gea mengakui mereka kekurangan mutu yang diperlukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

"Kami mengetahui lawan kami bergelut dan telah menjangkakan perlawanan yang sukar perlu dihadapi United," kata De Gea kepada BT Sport, seperti dinukil Astro Arena.

"Kami tidak menjaringkan gol, malah kami tidak mencipta peluang yang sesuai untuk menjaringkan gol. Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, sejujurnya. Kami tidak cukup bagus, itu sudah pasti. Ia akan menjadi sangat sukar sekarang untuk berada dalam empat teratas.

"Sudah tentu, ia bukan suasana yang sempurna. Mereka letih, mereka gugup, tetapi mereka terus pergi dan terus berjuang. Mereka mempunyai keinginan lebih daripada kami, yang tidak boleh diterima. Sungguh menyedihkan untuk kalah hari ini," kata De Gea seperti dinukil Astro Arena.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan