Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man United tanggung padah kesilapan De Gea

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Kesilapan oleh penjaga gawang Manchester United, David De Gea, 'menghadiahkan' tiga mata penting kepada West Ham United dalam perjuangan kelab dari London itu daripada terjerumus ke divisyen dua pada musim akan datang.

Pasukan tuan rumah West Ham mencatat kemenangan 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang United di Stadium London pada Ahad (7 Mei).

United menduduki tangga keempat dengan 63 mata selepas 34 perlawanan, satu mata di hadapan Liverpool dengan kelebihan satu perlawanan berbanding pasukan dari Merseyside itu.

West Ham menduduki tempat ke-15 dengan 37 mata, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Percubaan Marcus Rashford dan Antony terkena tiang gol pada separuh masa pertama. Namun, kesilapan oleh De Gea akan menjadi tajuk utama kerana ia membuka peluang kepada pasukan-pasukan lain untuk merebut empat tangga teratas yang akan menjamin kelayakan ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang.

"Ia adalah sebahagain daripada bola sepak. Bermacam-macam perkara yang perlu anda fikirkan. Malangnya, anda tidak," kata pengend terkecuali daripada melakukan kesilapan," kata pengurus Manchester United Erik Ten Hag kepada BBC.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan