Man City terikat 1-1 dengan Newcastle United
Anggaran Waktu Membaca:
NEWCASTLE: Hasrat pendahulu Liga Perdana England, Manchester City untuk mengembalikan rentak kemenangan tidak kesampaian apabila ia terikat 1-1 dengan Newcastle United di St James' Park pada Sabtu (28 Sep).
Anak buah Pep Guardiola yang terikat 2-2 di Stadium Emirates ketika menentang Arsenal pada 22 September lalu membuka tirai jaringan melalui pemain Croatia, Josko Gvardiol pada minit ke-35.
Newcastle United di bawah kendalian Eddie Howe yang tewas di tangan Fulham 1-3 di Craven Cottage pada 21 September lalu, menyamakan kedudukan selepas Anthony Gordon menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-53.
Perlawanan yang tanpa kelibat Kevin De Bruyne dan Rodri untuk memacu Manchester City, menyaksikan penjaring terbanyak Erling Haaland gagal menjaringkan gol buat kali pertama musim ini.
Sementara itu, Newcastle United yang turun padang tanpa Alexander Isak dan Callum Wilson yang cedera bergantung kepada Gordon untuk menerajui jentera serangan The Magpies.
Keputusan seri itu menyaksikan Manchester City kekal dengan 14 mata manakala Newcastle United pula mengumpul 11 mata selepas masing-masing mengharungi enam perlawanan liga sejauh ini.
Manchester City selepas ini akan berkunjung ke Slovakia bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Slovan Bratislava di Tehelne Pole manakala Newcastle United menerima kunjungan AFC Wimbledon dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di St James' Park pada 2 Oktober.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.