Man City seri 4-4 dengan Chelsea
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ADRIAN DENNIS)
LONDON: Manchester City menduduki tempat teratas Liga Perdana England (EPL) pada Ahad (12 Nov) selepas seri 4-4 dengan Chelsea.
Erling Haaland menjaringkan dua gol, manakala bekas pemain Manchester City Cole Palmer menjaringkan gol dari kotak penalti pada masa tambahan untuk menyamakan kedudukan.
City menjaringkan gol pertama apabila pemain pertahanan Sepanyol Marc Cucurella menarik baju Haaland, sehingga penolong pengadil video (VAR) memberikan sepakan penalti yang dijaringkan pemain Norway itu dengan tenang pada minit ke-24.
Lima minit kemudian, pemain pertahanan Chelsea Thiago Silva, 39 tahun, menandukkan bola ke dalam gawang dari hantaran Conor Gallagher.
Ini merupakan kali pertama Chelsea menjaringkan gol ke atas Manchester City sejak mereka menewaskan mereka dalam peringkat akhir Liga Juara-Juara 2021.
Bekas penyerang City Raheem Sterling memanfaatkan kesilapan Josko Gvardiol dan menjaringkan gol pada minit ke-37.
Gol pendahuluan Chelsea hanya bertahan kurang dari 10 minit sebelum Manuel Akanji menandukkan gol penyamaan pada masa tambahan separuh masa pertama.
Haaland menjaringkan gol kedua, iaitu yang ke-13 dalam EPL musim ini, seminit selepas separuh masa kedua bermula.
Namun, penyerang Chelsea Nicolas Jackson menyamai kedudukan pada minit ke-67.
Gol Rodri pada minit ke-86 meletakkan City di hadapan sekali lagi.
City menyangka mereka meraih tiga mata penuh, sehingga mereka dikenakan penalti pada minit ke-94.
Pemain akademi Manchester City Cole Palmer mengambil sepakan penalti tersebut dan menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya.
Keputusan tersebut meletakkan City satu mata di hadapan Liverpool dengan 28 mata daripada 12 perlawanan. Chelsea, yang menunjukkan prestasi tidak menentu, naik ke tangga ke-10 dengan 16 mata.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.