Skip to main content

Sukan

Man City rangkul kejuaraan keempat berturut-turut EPL

Anggaran Waktu Membaca:
Man City rangkul kejuaraan keempat berturut-turut EPL

Gambar: AP

Diterbitkan : 20 May 2024 08:02AM Dikemas Kini : 20 May 2024 08:16AM
LONDON: Dominasi Manchester City dalam saingan Liga Perdana England dilanjutkan apabila mereka mencipta sejarah menjuarai gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.

Kejayaan terbaharu City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir sekali gus membenarkan skuad kendalian Pep Guardiola mengatasi Arsenal dengan hanya berkelebihan dua mata.

Phil Foden membenarkan City mendahului seawal minit pertama sebelum bintang England itu menggegar palang pada minit ke-18.

Jaringan Mohammed Kudus pada lewat separuh masa pertama memberikan West Ham, dan Arsenal, sedikit harapan namun City membalas dua lagi jaringan untuk memastikan mereka mendakap piala liga.
Arsenal telah melakukan apa yang termampu untuk mengatasi Everton 2-1 di Stadium Emirates namun ia tidak cukup kerana memerlukan City seri atau kalah kepada West Ham.

Kemenangan buat City juga memastikan mereka mengatasi pencapaian Manchester United yang dilakar ketika di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson satu ketika dahulu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita