Man City ranapkan rekod tanpa kalah Liverpool
Manchester City membuka semula persaingan bagi merebut tangga teratas Liga Perdana England apabila ia meranapkan rekod tanpa kalah Liverpool dalam 20 perlawanan musim ini, sekaligus merapatkan jurang kepada hanya empat mata dengan pendahulu liga itu.
Pemain Man City Leroy Sane semasa perlawanan menentang Liverpool pada 3 Jan 19 (Gambar: Reuters)
MANCHESTER: Manchester City membuka semula persaingan bagi merebut tangga teratas Liga Perdana England apabila ia meranapkan rekod tanpa kalah Liverpool dalam 20 perlawanan musim ini, sekaligus merapatkan jurang kepada hanya empat mata dengan pendahulu liga itu.
BBC melaporkan pasukan tuan rumah di bawah kepimpinan Pep Guardiola tahu bahawa mereka tidak akan berpuas hati dengan sebarang keputusan di Stadium Etihad selain kemenangan dan perlawanan semalam adalah antara yang paling sengit pernah disaksikan pada musim ini.
Leroy Sane menjaringkan gol kemenangan City 18 minit sebelum wisel penamat ditiupkan, memanfaatkan hantaran Raheem Sterling untuk membolosi penjaga gawang Liverpool Alisson.
Awal dari itu, Sergio Aguero menjaringkan gol pertama City sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir, tambah BBC.
Gol tersebut dihasilkan menyusuli kekecohan yang berlaku disebabkan oleh percubaan pemain penyerang Liverpool Sadio Mane yang terkena tiang. BBC melaporkan bola tersebut hampir memasuki gawang namun data perlawanan menunjukkan bahawa percubaan itu tersasar hanya 1.12 sentimeter.
Meskipun kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang, City yang lebih bernasib baik untuk meraih kemenangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.