Man City didenda £120,000 kerana pemain kepung pengadil dalam perlawanan dengan Tottenham
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AP
LONDON: Manchester City didenda £120,000 (S$200,000) selepas sebilangan pemainnya mengepung pengadil Simon Hooper ketika seri 3-3 dengan Tottenham Hotspur awal bulan ini.
Beberapa bintang City, termasuk Erling Haaland mengepung pengadil, Hooper selepas dia tidak memberikan kelebihan pada minit terakhir dalam aksi di Stadium Etihad.

BACA:
Haaland telah dikasari oleh Emerson Royal, namun berjaya berdiri semula dan menghantar bola kepada Jack Grealish.
Namun, ketika Grealish sudah menerima hantaran tersebut dan membawa bola ke arah gawang gol, Hooper meniup wisel untuk memberikan tuan rumah sepakan percuma.
Situasi itu mencetuskan kemarahan pemain-pemain City terutama sekali penjaring terbanyaknya, Haaland.
Haaland turut meluahkan kekecewaannya di laman media sosial X dan mengakui tidak percaya dengan keputusan pengadil itu.
Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mendenda City selepas mereka mengakui pemain mereka berkelakuan tidak wajar.
“Manchester City FC telah didenda £120,000 (S$200,000) selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan pada perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad 3 Disember.
"Manchester City FC mengakui bahawa ia gagal memastikan pemainnya berkelakuan wajar pada minit ke-94. Suruhanjaya kawal selia bebas mengenakan hukuman ini selepas perbicaraan," kata FA England dalam kenyataan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.