Malaysia mara ke separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
KUALA LUMPUR: Skuad 'doubles' Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa, pada Selasa (21 Mei).
Pasukan Malaysia dibarisi gandingan Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A’ripin.
Sementara itu, Korea yang menewaskan Singapura dalam aksi pusingan terdahulu, cuba memberikan tentangan dalam set pertama, bagaimanapun tunduk 11-15 kepada Malaysia, lapor Astro Awani.
Mempamerkan kebangkitan dalam set berikutnya, Korea berjaya menang 17-15 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Kembali memperkemaskan permainan, Malaysia tidak memberikan ruang buat Korea sebelum memastikan kemenangan 15-8 untuk layak ke separuh akhir, dipetik daripada Astro Awani.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.