Malaysia juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Stadium Titiwangsa menjadi saksi kejayaan luar biasa skuad sepak takraw Malaysia apabila meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia 2024.
Selepas mengungguli acara double, skuad Malaysia melengkapkan malam gemilang dengan turut menjuarai saingan regu menerusi kemenangan ke atas Thailand dalam perlawanan akhir, lapor BH Online.
Regu Malaysia yang dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) mempamerkan prestasi hebat untuk menumbangkan regu Thailand, yang terdiri daripada Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) 15-8, 15-12.
Dengan sokongan padu kira-kira 3,000 penyokong di Stadium Titiwangsa, regu Malaysia bermula dengan aksi penuh meyakinkan apabila mendahului sepanjang perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan 15-8 bagi set pertama.
Thailand yang tersentak dengan kekalahan set pertama cuba bangkit dan memberi tentangan dalam usaha untuk mengheret ke set penentuan.
Bagaimanapun, regu Malaysia yang diketuai Farhan kekal tenang menyerap segala asakan skuad Thailand untuk mencatatkan kemenangan 15-12 dalam set kedua.
Kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.
Kemenangan regu Malaysia itu menambahkan koleksi kejuaraan Malaysia pada edisi Piala Dunia tahun ini dengan gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara double.
Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam perlawanan akhir acara double.
Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011, menurut BH Online.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.