Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Malaysia jadi tuan rumah Liga AFC 2020

Juara Liga Super enam kali Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kelebihan besar, selepas diumumkan Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlawanan-perlawanan Zon Timur Kumpulan G dan H, Liga Juara-Juara AFC 2020, pada ketika penularan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia jadi tuan rumah Liga AFC 2020

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Jul 2020 09:05AM Dikemas Kini : 28 Jul 2020 09:08AM

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super enam kali Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kelebihan besar, selepas diumumkan Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlawanan-perlawanan Zon Timur Kumpulan G dan H, Liga Juara-Juara AFC 2020, pada ketika penularan pandemik COVID-19.

Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) pada Isnin (27 Jul)mengumumkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diberikan hak penganjuran untuk perlawanan Kumpulan G dan H, yang dijadualkan pada 17 Okt hingga 1 Nov.

Selain itu, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Pusingan 16 pasukan, yang akan menyaksikan perlawanan bagi pasukan daripada kedua-dua kumpulan itu pada 4 Nov, dua perlawanan suku akhir pada 25 Nov dan satu perlawanan separuh akhir tiga hari kemudian.

Kesemua perlawanan pusingan kalah mati, dimainkan sekali sahaja, selain perlawanan akhir yang akan dijadualkan dimainkan di wilayah Barat, walaupun dalam perancangan awal, AFC menggunakan format perlawanan timbal balas, sebelum dibatalkan akibat pandemik di seluruh dunia pada Mac.

“Venue setempat untuk Kumpulan E dan F Liga Juara-Juara AFC dan juga perlawanan peringkat kalah mati yang lain, masih belum ditetapkan.  Sebelum ini AFC telah mengumumkan Qatar sebagai venue setempat untuk kumpulan dan peringkat kalah mati bagi wilayah barat,” menurut AFC dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan G terdiri daripada kelab dari Jepun Vissel Kobe, JDT, Guangzhou Evergrande FC (China) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan), manakala satu lagi pasukan Jepun Yokohama F.Marinos, Jeonbuk Hyundai Motors FC (Korea Selatan), Sydney FC (Australia) dan Shanghai SIPG FC (China), berada di dalam Kumpulan H.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan