Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Malaysia dipilih jadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 pada 2027

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia dipilih jadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 pada 2027

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 12 May 2022 02:58PM Dikemas Kini : 12 May 2022 02:58PM

SINGAPURA: Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-34 pada 2027.

Demikian diumumkan Majlis Olimpik Malaysia pada Khamis (12 Mei).

Dalam satu catatan di akaun rasmi Facebooknya, majlis tersebut menyatakan Persekutuan Sukan Asia Tenggara "sebulat suara" memilih Malaysia selaku tuan rumah bagi Sukan SEA 2027.

Ini merupakan kali pertama dalam sedekad Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi temasya sukan tersebut, dengan kali terakhir adalah pada 2017 di Kuala Lumpur.

Tahun lalu, ia dilaporkan bahawa Brunei menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA pada 2027, dengan Malaysia menyatakan minat untuk mengambil alih tempatnya.

Sukan SEA ke-31 kini sedang berlangsung di Hanoi setelah ia ditunda sejak 2021 akibat pandemik COVID-19.

Edisi ke-32 temasya sukan itu akan diadakan di Kemboja, manakala yang ke-33 pula di Thailand.

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa