Malaysia benam Jepun; mara ke suku akhir acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke peringkat suku akhir acara berpasukan dengan bergaya selepas membenam cabaran Jepun 3-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan C kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Jumaat (24 Mei).
Kemenangan kedua selepas turut menjinakkan Brunei 3-0 pada Khamis menyaksikan skuad Malaysia bimbingan Ahmad Jais Baharun muncul juara kumpulan sementara naib juara pula milik Jepun, yang mengatasi Brunei 2-1 pada aksi sebelah pagi.
Malaysia akan bertemu naib juara Kumpulan B India di pentas suku akhir pada Sabtu dalam misi menggengam kejuaraan untuk mencipta kejayaan hatrik selepas menjuarai acara berganda dan regu dengan menumbangkan gergasi sepak takraw dunia Thailand, Rabu lalu.

Berdepan Jepun pada Jumaat, pasukan Malaysia mengutip mata pertama menerusi trio Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin yang menewaskan Ikki Mito, Daishi Tamaki dan Yota Ichikawa 15-13, 15-4.
Juara acara regu kejohanan, Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias berada dalam kelas tersendiri apabila mengenepikan cabaran Ryota Haruhara, Wataru Narawa dan Toshitaka Naito 15-5, 15-5 untuk menghadiahkan mata kedua.
Momentum positif itu diteruskan regu Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Muhammad Shahalril Aiman Halim yang mudah mengatasi trio Kento Nakamura, Masaki Sasamoto dan Yuki Sato 15-5, 15-7.
Sementara itu, Thailand selaku juara Kumpulan B akan bertemu naib juara Kumpulan C Jepun di suku akhir manakala juara Kumpulan A Indonesia akan bertemu naib juara Kumpulan D Myanmar.
Aksi suku akhir seterusnya menemukan juara Kumpulan D Korea Selatan dan naib juara kumpulan A Vietnam.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.