Skip to main content

Sukan

Malaysia akan terus anjur MotoGP hingga 2031

Anggaran Waktu Membaca:
 Malaysia akan terus anjur MotoGP hingga 2031

MotoGP - Grand Prix Malaysia - Litar Antarabangsa Sepang - 26 Oktober 2025. (Gambar: REUTERS/Najjua Zulkefli

Diterbitkan : 01 Jul 2026 01:31PM
  • Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengumumkan Malaysia akan kekal sebagai tuan rumah MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang sehingga 2031.
  • Kabinet Malaysia telah meluluskan lanjutan perjanjian penganjuran selama lima tahun bermula 2027.
  • Perlumbaan ini telah menjadi acara tahunan sejak 1999, kecuali pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19.
  • Jumlah perbelanjaan tahunan tidak dinyatakan, namun pegawai memaklumkan yuran penganjuran meningkat 10 hingga 15 peratus sejak pembaharuan kontrak pada 2024.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menjadi tuan rumah kepada salah satu perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang sehingga 2031, menurut Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (1 Jul).

Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang sudah menjadi acara tetap dalam kalendar MotoGP sejak 1999, kecuali pada 2020 dan 2021 apabila ia dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Kabinet Malaysia meluluskan lanjutan perjanjian penganjuran sukan tersebut selama lima tahun lagi mulai 2027, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak pula menyatakan berapa banyak yang dijangka akan dibelanjakan oleh Malaysia setiap tahun untuk menganjurkan perlumbaan tersebut.

Para pegawai sebelum ini berkata yuran penganjuran telah meningkat antara 10 peratus dengan 15 peratus sejak kontrak itu kali terakhir diperbaharui pada 2024.
Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita