Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mahkamah Australia tetapkan perbicaraan kes visa Djokovic pada Ahad

Sebuah mahkamah Australia menetapkan perbicaraan kes pembatalan visa Novak Djokovic pada pagi Ahad (16 Jan) waktu tempatan, sedang pemain tenis No.1 di dunia itu berusaha membatalkan keputusan kerajaan Australia untuk mengusirnya dari negara tersebut, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Australia tetapkan perbicaraan kes visa Djokovic pada Ahad

Novak Djokovic menghadiri sesi latihan sebelum Kejohanan Tenis Terbuka Australia di Melbourne pada 14 Januari 2022. (Gambar: Martin Keep/AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 08:48AM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 08:48AM

SYDNEY: Sebuah mahkamah Australia menetapkan perbicaraan kes pembatalan visa Novak Djokovic pada pagi Ahad (16 Jan) waktu tempatan, sedang pemain tenis No.1 di dunia itu berusaha membatalkan keputusan kerajaan Australia untuk mengusirnya dari negara tersebut, lapor Reuters.

Hakim David O'Callaghan berkata pada Sabtu pihak mahkamah akan berunding dengan semua pihak sama ada perbicaraan diadakan di hadapan seorang hakim atau mahkamah penuh pada lewat hari ini.

Djokovic dijadual menyerahkan diri kepada pegawai imigresen untuk kembali ke pusat tahanan pada Sabtu dan perlu menyerahkan diri kepada pegawai di Melbourne bagi ditemu bual, menurut satu perintah mahkamah yang dikeluarkan pada Jumaat malam (14 Jan).

Djokovic mungkin tidak dapat beraksi dalam kejohanan terbuka Australia, selepas kerajaan Australia sekali lagi membatalkan visa pemain itu kerana tidak divaksin.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa