Lyon seri 0-0 dengan Nimes
Prestasi Olympique Lyon dalam Ligue 1 (Liga Bola Sepak Perancis) terus hambar setelah pasukan itu terikat 0-0 di padang sendiri semasa menentang Nimes pada Jumaat (18 Sep).
(Gambar: AFP)
PARIS: Prestasi Olympique Lyon dalam Ligue 1 (Liga Bola Sepak Perancis) terus hambar setelah pasukan itu terikat 0-0 di padang sendiri semasa menentang Nimes pada Jumaat (18 Sep).
Kedua-dua Memphis Depay, yang disebut-sebut akan berpindah ke Barcelona dan Moussa Dembele turut disertakan dalam kesebelasan utama, namun Lyon tetap gagal membolosi gawang pasukan lawan.
"Ia satu perlawanan yang ganjil," kata pemain midfield Bruno Guimaraes.
"Kami terlepas peluang, ada antaranya yang sangat mudah. Kami perlu bekerja lebih keras kerana kami tidak boleh keciciran mata seperti ini."
Pasukan tuan rumah masih belum meraih sebarang kemenangan sejak musim baru bermula dan prestasinya sejauh ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kejayaannya melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan tewas kepada Paris Saint-Germain dalam perlawanan akhir Piala Liga Perancis pada bulan lalu.
Selepas empat perlawanan, Lyon menduduki tangga ke-10 dengan hanya satu mata saja yang memisahkannya dengan Nimes.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.