Los Angeles, Toronto, Mexico City dinamakan bandar tuan rumah Piala Dunia 2026
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail trofi Piala Dunia FIFA dipetik pada 15 Jul 2018 (Gambar: REUTERS/Kai Pfaffenbach)
NEW YORK: Stadium ikonik Azteca di Mexico City dan Stadium SoFi di Los dinamakan antara 16 tempat yang bakal menjadi tuan rumah perlawanan Piala Dunia 2026 yang diadakan bersama di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.
Dalam satu pengumuman yang disiarkan di televisyen di New York pada Khamis (16 Jun), para pegawai mengesahkan 11 bandar di AS sebagai tempat perlawanan tuan rumah, bersama dengan tiga di Mexico dan dua di Kanada dalam temasya Piala Dunia pertama yang dikongsi tiga negara dan yang pertama menyaksikan penyertaan 48 pasukan.
Bandar di Amerika Syarikat yang tersenarai termasuk Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas City, Los Angeles, Miami, New York/New Jersey, Philadelphia, San Francisco Bay Area dan Seattle.
Dua bandar di Kanada pula ialah Toronto dan Vancouver manakala Mexico menampilkan Guadalajara, Mexico City dan Monterrey.
Mexico menjadi negara pertama menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas Piala Dunia 1970 dan 1986 manakala AS pada 1994.
Kanada pula mencipta sejarah kali pertama menjadi penganjur.
Kebanyakan perlawanan bakal berlangsung di Amerika Syarikat yakni 60 perlawanan dengan Mexico dan Kanada masing-masing mengadakan 10 perlawanan.
Presiden FIFA Gianni Infantino berkata dalam temu bual di Fox Television bahawa keputusan mengenai tempat bagi perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir belum ditentukan.
"Kami akan mengambil masa untuk membuat keputusan itu," kata Infantino.
Meskipun ketiga-tiga negara tuan rumah akan berkongsi perlawanan dari peringkat kumpulan hingga ke 16 terakhir, Amerika Syarikat akan menganjurkan semua perlawanan dari suku akhir dan seterusnya.

Sumber : AFP/SU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.