Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew, Yeo Jia Min tersingkir dari Badminton Terbuka SG

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew, Yeo Jia Min tersingkir dari Badminton Terbuka SG

Gambar: Facebook/Team Singapore

SINGAPURA: Pemain negara Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min tersingkir dari Badminton Terbuka Singapura setelah tewas di perlawanan pusingan kedua mereka pada Khamis (8 Jun).

Loh, yang menduduki tangga kelima dunia, kecundang di tangan pesaingnya dari Perancis, Christo Popov, 21-10, 23-21 dalam 45 minit. Ini meskipun pesaingnya itu berada di kedudukan lebih rendah daripada Loh dalam ranking dunia.

Warga Singapura itu memberi persaingan yang singit setelah kalah di set pertama lalu berjaya menyelamatkan dua mata perlawanan pada set kedua sebelum pemain warga Perancis itu akhirnya menumpaskan Loh. Popov akan berdepan dengan pesaing dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam perlawanan suku akhir.

Dalam acara perseorangan wanita pula, Yeo Jia Min tewas di tangan pemain nombor dua dunia, An Se-young dari Korea Selatan 21-12, 21-11 dalam 32 minit. Yeo hanya dapat mengalahkan pemain Korea Selatan itu sekali saja dalam enam pertemuan mereka yang lalu.

Dalam pada itu, tiada sebarang pemain warga Singapura yang masih bersaing di kejohanan tersebut setelah Loh dan Yeo tersingkir pada Khamis.

Badminton Terbuka Singapura yang berlangsung dari 6 Jun sehingga 11 Jun, bakal menyaksikan pemain-pemain badminton tersebut beraksi bagi merebut hadiah bernilai AS$850,000 (S$1.15 juta).
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan