Loh Kean Yew, Yeo Jia Min mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Jeremy Long, AP/Kirsty Wigglesworth
SINGAPURA: Pemain badminton negara Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min layak mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura setelah memenangi perlawanan terbuka mereka pada Rabu (7 Jun).
Loh menumpaskan pesaingnya dari Hong Kong Lee Cheuk Yiu 21-19, 21-19 dalam 41 minit, di mana ia menyaksikan Lee memberi pesaingan yang sengit kepada warga Singapura tersebut dalam kedua-dua set itu.
Loh sebelum ini meraih kemenangan dalam hanya satu daripada empat perlawanan antara kedua-dua pemain tersebut sebelum berlangsungnya perlawanan itu pada Rabu lalu.
Beliau akan berdepan dengan pemain dari Perancis, Christo Popov atau pemain dari Israel, Misha Zilberman dalam pusingan seterusnya.
Dalam acara perseorangan wanita pula, Yeo Jia Min berjaya mengalahkan pesaingnya dari China, Zhang Yi Man.
Yeo menumpaskan Zhang 21-18, 21-14 dalam 34 minit pada Rabu. Beliau bakal berdepan dengan Kim Ga-eun atau An Se-young dari Korea Selatan dalam pusingan seterusnya.
Yeo dan Loh adalah satu-satunya wakil warga Singapura yang masih bersaing di kejohanan tersebut setelah pasukan regu wanita Singapura Jin Yu Jia dan Crystal Wong Jia Ying tersingkir pada Rabu.
Wong dan Jin kecundang di tangan pasangan dari Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti 15-21, 21-19, 21-15.
Pasangan suami isteri Jessica Tan dan Terry Hee tersingkir daripada acara badminton regu campuran pada Selasa, setelah dikalahkan di tangan pasangan dari Denmark Mathias Christiansen dan Alexandra Boje.
Badminton Terbuka Singapura yang berlangsung dari 6 Jun sehingga 11 Jun, bakal meyaksikan pemain-pemain badminton tersebut beraksi bagi merebut hadiah bernilai AS$850,000 (S$1.15 juta).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.