Loh Kean Yew warga SG pertama dicalon bagi anugerah Pemain Terbaik Lelaki BWF
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP/Rui Vieira)
SINGAPURA: Pemain badminton nombor tiga dunia, Loh Kean Yew menerima lagi satu pengiktirafan menerusi satu pencalonan bertaraf dunia.
Beliau menjadi warga Singapura pertama yang dicalonkan untuk anugerah tahunan Pemain Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi 2022.
Ini adalah kali pertama Loh, yang juga juara dunia 2021, disenarai pendek bagi anugerah Pemain Terbaik Lelaki.
Beliau menyertai penyandang juara dunia Denmark dan pemain Nombor satu dunia Viktor Axelsen serta juara Asia Malaysia dan pemain Nombor dua dunia Lee Zii Jia.
BWF mengeluarkan senarai pendek anugerahnya pada Isnin (28 Nov) dan berkongsi bahawa pencalonan dipilih berdasarkan kelakonan pada musim 2021 dan 2022 dari 1 November 2021 hingga 31 Oktober 2022.
Pemenang akan diumumkan pada majlis makan malam gala Peringkat Akhir Jelajah Dunia BWF di Bangkok pada 5 Disember.
Ia sejurus sebelum berakhirnya musim Peringkat Akhir Jelajah Dunia BWF dari 7 hingga 11 Disember.
Loh berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir tersebut.

Sumber : CNA/LL/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.