Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew tumpaskan lawan Sepanyol dalam pusingan pertama Kejuaraan Dunia BWF

Jaguh badminton dunia Loh Kean Yew mula mempertahankan gelarannya pada Isnin (22 Ogos) dengan menumpaskan pemain dari Sepanyol, Pablo Abian.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jaguh badminton dunia Loh Kean Yew mula mempertahankan gelarannya pada Isnin (22 Ogos) dengan menumpaskan pemain dari Sepanyol, Pablo Abian.

Warga Singapura itu menundukkan pemain nombor 58 dunia Abian 21-12, 21-12 dalam masa 29 minit untuk mara ke pusingan kedua Kejuaraan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Perlawanan tahun ini diadakan di Tokyo, Jepun.

Ini adalah kali kedua kedua-dua pemain bertarung di gelanggang dengan Loh menewaskan Abian di Kejohanan Terbuka Belanda, tahun lalu.

Loh, 25 tahun, yang kini menduduki ranking kelapan di dunia, akan berentap dengan Kevin Cordon dari Guatemala di pusingan seterusnya.

Loh adalah satu-satunya wakil dari Singapura dalam acara perseorangan lelaki selepas Jason Teh tersingkir dalam pusingan pembukaan. Pemain nombor 86 dunia itu kalah 13-21, 14-21 di tangan Mark Caljouw dari Belanda.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan Terry Hee dan Loh Kean Hean juga memulakan temasya perlawanan dengan kemenangan. Mereka menumpaskan Christo Popov dan Toma Junior Popov dari Perancis 21-17, 21-18 dan seterusnya akan berdepan pemain Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.

Hee dan Jessica Tan bagaimanapun mara ke pusingan seterusnya beregu campuran setelah menang tanpa bertanding.

Pasangan suami isteri itu, yang baru-baru ini memenangi pingat emas di Sukan Komanwel bagi tersebut, seterusnya akan berdepan dengan pemain nombor 12 Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo.

Acara perseorangan wanita kali ini tidak disertai pemain perseorangan wanita terbaik Singapura, Yeo Jia Min, yang mengumumkan minggu lalu bahawa dia tarik diri daripada perlawanan tersebut.

Dalam satu catatan Facebook, pemain nombor 18 dunia itu berkata dia dijangkiti COVID-18 buat kali kedua setelah pulang dari Sukan Komanwel.

Meskipun Yeo sudahpun pulih, ujian PCRnya masih kembali positif dan ini bermakna dia tidak dapat memasuki Jepun.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan