Skip to main content

Sukan

Loh Kean Yew tewas kepada pemain Perancis Christo Popov di peringkat suku akhir Terbuka Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew tewas kepada pemain Perancis Christo Popov di peringkat suku akhir Terbuka Singapura

Gambar fail Loh Kean Yew. (Foto: Pusat Sukan Olimpik Ningbo)

Diterbitkan : 30 May 2025 09:36PM Dikemas Kini : 30 May 2025 09:37PM
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura, Loh Kean Yew tewas kepada pemain Perancis, Christo Popov di peringkat suku akhir perseorangan lelaki Kejohanan Terbuka Singapura pada Jumaat (30 Mei).

Popov pemain nombor 23 dunia menang 21-10, 21-14 untuk mara ke peringkat separuh akhir, di mana dia akan menentang pemain China, Lu Guangzu.

Kemenangan itu bermakna Popov kini memenangi tiga daripada enam perlawanan menentang Loh. Dia juga pernah menewaskan Loh semasa kejohanan edisi 2023 pada pusingan 16 pemain terakhir.

Menentang pemain Perancis ketiga berturut-turut, pemain nombor 10 dunia, Loh bergelut mencari rentak dalam set pertama semasa ketinggalan 8-11.

Loh telah menewaskan abang Popov dan pasangan beregu Toma pada hari sebelumnya, tetapi dia tidak berhasil mengalahkan Popov.

Ketika Loh mendahului set kedua, Popov kembali mengawal permainan sejurus sebelum rehat untuk memastikan dia terus menguasai permainan.

Loh adalah satu-satunya wakil Singapura yang masih bersaing dalam pertandingan itu selepas rakan senegara Yeo Jia Min disingkirkan oleh pemain nombor 1 dunia An Se-young pada pusingan 16 pemain terakhir pada Khamis lalu.
Sumber : CNA/AW/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita