Skip to main content

Sukan

Loh Kean Yew tewas kepada Jonatan Christie, tersingkir daripada Terbuka India

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew tewas kepada Jonatan Christie, tersingkir daripada Terbuka India
Loh Kean Yew beraksi. (Gambar fail: Pusat Sukan Olimpik Ningbo)
Diterbitkan : 17 Jan 2026 11:06PM Dikemas Kini : 17 Jan 2026 11:08PM
SINGAPURA: Usaha Loh Kean Yew untuk merebut gelaran Terbuka India pertamanya berakhir pada Sabtu (17 Jan) selepas kalah di tangan pemain nombor 4 dunia, Jonatan Christie, dalam separuh akhir perseorangan lelaki.

Di Stadium Tertutup Indira Gandhi di Delhi, pemain pilihan kelapan Singapura tewas 18-21, 20-22 kepada pemain pilihan ketiga Indonesia itu.

ini bermakna, sudah sembilan kali Loh tidak mampu menewaskan Christie dalam perlawanan mereka setakat ini.

Pemain Singapura itu mendahului 13-5 pada perlawanan pertama, tetapi Christie menunjukkan ketangkasannya dengan menyamakan kedudukan pada 16-16.

Pada set kedua, Loh sekali lagi bermula dengan lebih baik dan mendahului dua mata sebelum masa rehat.

Tetapi lawannya berjaya menguasai permainan pada kedudukan 13-13 dan bertahan walaupun bekas juara dunia itu berjaya bangkit semula pada lewat permainan.

Christie akan berdepan sama ada Lin Chun Yi atau Victor Lai di perlawanan akhir pada Ahad (18 Jan).

Pemain Indonesia itu memulakan tahun ini dengan prestasi yang baik, setelah mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia awal bulan ini.

Ia merupakan kejohanan yang panjang untuk Loh, dengan ketiga-tiga perlawanannya ditentukan dalam tiga set.

Dalam suku akhir, pemain Singapura itu mencatatkan kemenangan pertamanya ke atas pemain nombor 2 dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn sejak 2015.

Sebaliknya, Christie memenangi semua perlawanannya dengan straight set. Sebelum perlawanan dengan Loh, dia menyingkirkan pemenang Final Jelajah Dunia BWF, Christo Popov.

Loh mara ke peringkat akhir Terbuka India 2022, tetapi tewas kepada pemain pilihan tuan rumah, Lakshya Sen.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita