Skip to main content

Sukan

Loh Kean Yew tersingkir dari Kejohanan Dunia BWF setelah dikalahkan Prannoy dari India

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew tersingkir dari Kejohanan Dunia BWF setelah dikalahkan Prannoy dari India

(Gambar: Facebook/I Love Badminton - Singapore Badminton Association)

Diterbitkan : 25 Aug 2023 07:28AM Dikemas Kini : 25 Aug 2023 02:48PM
SINGAPURA: Pemain badminton nombor tujuh dunia Loh Kean Yew disingkirkan dari Kejohanan Dunia BWF pada Khamis (24 Ogos) selepas kalah kepada HS Prannoy dari India dalam pusingan 16 kategori perseorangan lelaki.

Di Copenhagen, Denmark, pemain nombor sembilan dunia Prannoy meraih kemenangan 21-18, 15-21, 21-19 dalam 69 minit. Ia merupakan kemenangannya keempat dalam lima pertemuan ke atas atlit Singapura Loh Kean Yew.

Loh berjaya mendahului perlawanan dari 4-11 kepada 16-14. Namun, pengalaman Prannoy memberinya kelebihan untuk mara ke pusingan suku akhir.

Beliau akan berdepan pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Viktor Axelsen atau Chou Tien Chen dari Taipei Cina.
Loh digelar juara dunia pada 2021, selepas menewaskan beberapa pemain di kedudukan lebih tinggi, termasuk juara dunia Viktor Axelsen. Bagaimanapun, Loh masih belum merangkul sebarang kejuaraan sejak itu.

Kedudukan terbaiknya merupakan tempat kedua apabila kalah kepada Anders Antonsen dari Denmark dalam peringkat akhir Kejuaraan Terbuka Korea 2023.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita