Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew pemain badminton lelaki pertama SG mara ke final Jelajah Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Baru sahaja dinobat Olahragawan Terbaik Terbaik 2021 buat pertama kalinya dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA),minggu lalu, bintang badminton negara Loh Kean Yew meraih satu lagi kejayaan pada Rabu (16 Nov).

Juara dunia 2021 itu layak ke pusingan akhir Jelajah Dunia pada 7 hingga 11 Disember di Bangkok selepas berjaya menumpaskan pemain ranking ke-427 dari Australia, Low Pit Seng, 21-10, 21-9 dalam pusingan pembukaan Terbuka Australia.

Saingan hujung musim kalendar badminton dunia itu dipindahkan ke Bangkok disebabkan situasi terkini COVID-19 di China.

Sebelum itu kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.5 juta (S$2.05 juta) dijadualkan berlangsung di Guangzhou, China dari 14 hingga 18 Disember.

Pemain nombor 3 itu adalah lelaki Singapura pertama yang layak ke kejohanan berprestij itu.

Pada 2021, Yeo Jiamin menjadi pemain badminton pertama Singapura untuk meraih kejayaan itu.

Walaupun Loh masih belum memenangi gelaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun ini, dia berjaya mara ke peringkat lapan terakhir dalam tujuh daripada 11 acara BWF yang disertainya tahun ini.

Saingan peringkat akhir Jelajah Dunia itu ialah acara utama BWF, yang menempatkan lapan pemain dan pasangan teratas di ranking Jelajah Dunia pada penghujung musim.
Loh bakal menentang Li Shifeng dari China pada pusingan 16 di Terbuka Australia pada Khamis.

Acara di Sydney itu adalah perhentian kedua sebelum peringkat akhir Jelajah Dunia.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan