Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew menang perak dalam badminton perseorangan lelaki Sukan SEA

Buat pertama kali dalam hampir empat dekad, Singapura meraih pingat acara badminton perseorangan lelaki Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:

HANOI: Buat pertama kali dalam hampir empat dekad, Singapura meraih pingat acara badminton perseorangan lelaki Sukan SEA.

Loh Kean Yew membawa pulang pingat perak setelah kalah kepada Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dalam perlawanan akhir.

Pemain nombor 10 dunia itu kalah dalam straight set 21-13, 21-14.

Secara keseluruhannya, sukan badminton menyumbang satu pingat perak dan lima gangsa kepada Singapura dalam kejohanan kali ini.

Ia adalah prestasi kedua terbaik pasukan badminton Singapura sejak Sukan SEA 2011.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.





 

Sumber : CNA/EM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan