Loh Kean Yew mara ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF
Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew berjaya mengalahkan pemain Jepun Kodai Naraoka untuk mara ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF. (Gambar: AFP/Bertrand Guay)
SINGAPURA: Atlet badminton Singapura Loh Kean Yew mempamerkan ketabahan luar biasa pada Khamis (28 Ogos) untuk mengalahkan pemain Jepun, Kodai Naraoka sekali gus menempah tempat dalam suku akhir acara perseorangan lelaki di Kejohanan Dunia BWF.
Di Adidas Arena di Paris, jaguh dunia 2021 itu meraih kemenangan dalam masa kira-kira sejam walaupun beliau meraih markah 5-21 dalam set pembukaan.
Loh yang terlepas beraksi dalam Kejohanan Terbuka Jepun dan China pada Julai lalu disebabkan oleh jangkitan bakteria, memenangi dua set perlawanan seterusnya 21-19, 21-19.
Naraoka adalah pemain badminton kelapan terbaik di dunia, satu kedudukan di atas Loh.
Loh akan berentap dengan pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin atau pemain Kanada, Victor Lai pada Jumaat (29 Ogos) di mana kedua-duanya belum disenaraikan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.