Skip to main content

Sukan

Loh Kean Yew mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka SG

Nasib berbeza dialami dua pemain badminton utama Singapura pada Khamis (29 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka SG

Loh Kean Yew meraikan kemenangannya selepas mengalahkan Toma Junior Popov dalam pusingan 16 terakhir dalam Kejohanan Terbuka Singapura 2025 di Stadium Tertutup Singapura pada 29 Mei 2025. (Gambar: Persatuan Badminton Singapura/David Wirawan)

Diterbitkan : 29 May 2025 10:38PM
SINGAPURA: Nasib berbeza dialami dua pemain badminton utama Singapura pada Khamis (29 Mei).

Pemain badminton, Loh Kean Yew berjaya mara ke pusingan suku akhir perseorangan lelaki dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, manakala Yeo Jia Min kecundang di pusingan 16 terakhir.

Di Stadium Tertutup Singapura, pemain nombor 10 dunia Loh bangkit dengan aksi luar biasa pada penghujung permainan untuk menewaskan pemain dari Perancis, Toma Junior Popov, 21-12, 14-21, 21-18 dalam tempoh 65 minit.

“Saya rasa agak bertuah di penghujung perlawanan. Saya pun tidak pasti apa yang saya lakukan, tetapi pada ketika itu saya hanya cuba untuk memenangi setiap mata,” kata Loh.

“Agak sukar untuk kawal tiupan angin hari ini, keadaan angin, bulu tangkis, dan dia bermain dengan sangat baik. Jadi memang susah untuk menentangnya tadi.”

Kemenangan itu menyaksikan Loh mengekalkan rekod sempurna menentang pemain nombor 16 dunia itu, dengan enam kemenangan daripada enam pertemuan.

Kemenangan tersebut bermakna Loh kini telah memenangi kesemua enam perlawanannya dengan pemain ke-16 dunia itu.

Loh akan berdepan lawan dari Perancis buat kali ketiga berturut-turut pada Jumaat (30 Mei).

Beliau akan bersaing dengan adik Toma, iaitu Christo Popov, di pusingan suku akhir.

Bekas juara dunia itu memegang rekod kemenangan 3-2 ke atas pemain berusia 23 tahun tersebut.

Sementara itu, Yeo gagal mencipta kejutan ke atas pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, An Se-young.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang memenangi empat kejuaraan berturut-turut dalam Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum kejohanan di Singapura, menang 21-14, 21-13 dalam tempoh 41 minit.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita