Loh Kean Yew lompat ke tangga ketiga dunia; kedudukan tertinggi dalam kerjayanya
Anggaran Waktu Membaca:

Loh Kean Yew semasa Sukan Komanwel 2022. (Gambar fail: AP Photo/Rui Vieira)
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura, Loh Kean Yew menduduki tiga tangga teratas dunia buat julung-julung kalinya dalam kerjayanya.
Berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Selasa (7 Nov), warga Singapura itu berjaya melompat ke tangga ketiga, sekali gus merupakan kedudukan tertinggi dalam kerjayanya.
Beliau menduduki tangga kelima dalam ranking yang dikeluarkan pada minggu sebelumnya.
Pemain badminton Denmark, Viktor Axelsen terus mengekalkan kedudukannya di tangga teratas, manakala pemain Malaysia, Lee Zii Jia menduduki tangga kedua.
Ini merupakan kali pertama seorang pemain badminton lelaki warga Singapura berjaya menduduki antara tiga tangga teratas dunia.
Sebelum ini, pemain perseorangan lelaki dari Singapura yang berjaya menduduki antara 10 pemain unggul dunia adalah Ronald Susilo,yang menduduki tangga keenam dunia pada 2004.

Baru-baru ini, Loh bertanding di Kejohanan Terbuka Hylo di Jerman di mana beliau melayakkan diri ke peringkat suku akhir sebelum kalah di tangan pemain badminton Indonesia, Anthony Ginting.
Warga Singapura itu masih mempergiatkan usaha untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Kejohanan Jelajah Dunia pada hujung tahun ini dan Loh dijangka akan beraksi di Kejohanan Terbuka Australia pada minggu depan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.