Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew kejutkan pemain nombor 1 dunia Axelsen di suku akhir Terbuka Denmark

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew kejutkan pemain nombor 1 dunia Axelsen di suku akhir Terbuka Denmark

(Gambar: AP/Shuji Kajiyama)

Diterbitkan : 22 Oct 2022 07:47AM Dikemas Kini : 22 Oct 2022 09:06AM
SINGAPURA: Pemain nombor lima dunia Loh Kean Yew mencipta kejutan apabila mengalahkan pemain tuan rumah Viktor Axelsen pada suku akhir Terbuka Denmark pada Jumaat (21 Okt).

Dalam perlawanan yang menarik di Odense, Denmark, pemain Singapura itu menyingkirkan rakan latihannya dan pemain nombor satu dunia 21-17, 21-10.

Ia adalah kemenangan kedua Loh dalam kerjayanya ke atas juara Olimpik itu, selepas mengatasi Axelsen pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia tahun lalu dalam perjalanan untuk merebut gelaran tersebut.

Pemain Denmark itu mencatat 39 perlawanan berturut-turut tanpa kalah dan hanya kalah satu perlawanan tahun ini sebelum kemenangan Loh.

Kemenangan itu bermakna Loh masih belum kehilangan satu pun perlawanan setakat ini selepas mencatat kemenangan ke atas Sitthikom Thammasin dan Kidambi Srikanth.

Pemain berusia 25 tahun itu akan berentap dengan pemain Malaysia Lee Zii Jia di separuh akhir. Lee mengalahkan Jonatan Christie dari Indonesia untuk mengesahkan tempatnya di separuh akhir.
Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan