Skip to main content

Sukan

Loh Kean Yew kalahkan pemain badminton nombor 4 terbaik dunia Anders Antonsen di Terbuka SG 2024

Pemain badminton lelaki paling unggul di Singapura, Loh Kean Yew, menumpaskan pemain nombor 4 terbaik di dunia, Anders Antonsen dalam masa 70 minit semasa perlawanan pada Khamis (30 Mei) untuk menempah tempat dalam pusingan suku akhir kategori lelaki perseorangan di perlawanan Terbuka Singapura 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemain badminton lelaki paling unggul di Singapura, Loh Kean Yew, menumpaskan pemain nombor 4 terbaik di dunia, Anders Antonsen dalam masa 70 minit semasa perlawanan pada Khamis (30 Mei) untuk menempah tempat dalam pusingan suku akhir kategori lelaki perseorangan di perlawanan Terbuka Singapura 2024.

Dalam perlawanan pusingan 16 yang cukup mendebarkan di Stadium Tertutup Singapura, Loh mendahului persaingan dengan mata 21-15 dalam pusingan pertama.

Namun Antonsen merapatkan jurang dengan menyamai kedudukan melalui kemenangan 21-11 dalam pusingan kedua untuk membawa perlawanan itu ke pusingan akhir.

Walaupun meraih mata 18-12 di pusingan penentuan, pemain badminton nombor 12 terbaik di dunia Loh membenarkan pemain Anders Antonsen merapatkan jurang perlawanan sebelum markah terikat 20-20.

Akhir sekali, Loh mendahului markah perlawanan dengan kemenangan 22-20.

Ini merupakan kali keempat Loh meraih kemenangan dalam enam pertemuan dengan Antonsen.

Loh merupakan satu-satunya pemain badminton Singapura yang masih beraksi dalam perlawanan itu selepas pemain badminton kategori perseorangan wanita Yeo Jia Min dan pasangan beregu campuran Terry Hee dan Jessica Tan disingkirkan dalam pusingan pembukaan.

Loh menewaskan pemain China, Lu Guangzu 25-27, 21-15, 21-5 dalam perlawanan pembukaan pada Selasa (28 Mei).

Beliau akan berdepan rakan senegara Lu, iaitu pemain nombor 6 terbaik di dunia, Li Shi Feng dalam pusingan suku akhir esok.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita