Loh Kean Yew kalahkan juara dunia Viktor Axelson di Kejohanan Dunia BWF
Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew berjaya menewaskan juara dunia Viktor Axelsen dalam pusingan pertama perseorangan lelaki di Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol hari ini (14 Dis).

(Gambar: Facebook/Team Singapore)
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew berjaya menewaskan juara dunia Viktor Axelsen dalam pusingan pertama perseorangan lelaki di Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol hari ini (14 Dis).
Dalam perlawanan cukup mendebarkan itu, Loh dapat mengekalkan prestasi sepanjang permainan untuk mengalahkan pemain dari Denmark itu, 14-21, 21-9, 21-6.
Ranking Loh kini di tempat ke-22 di dunia dan akan bersaing dengan pemain Austria Luka Wraber dalam perlawanan sebanyak 32 pusingan.
Loh meraih kemenangan itu beberapa minggu selepas beliau tewas dalam tiga permainan menentang pemain Denmark tersebut di pusingan akhir Indonesia Masters.
Ini merupakan kali pertama Loh melayakkan diri ke pusingan akhir acara Jelajah Dunia 1000 Persekutuan Badminton Dunia.
Pemain Singapura itu pada awal tahun ini menjalani latihan selama sebulan bersama Axelsen dan empat lagi pemain dari seluruh dunia di Dubai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.