Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew kalah pusingan separuh akhir Terbuka Badminton S'pura

Perjuangan jaguh badminton dunia, Loh Kean Yew dalam Terbuka Badminton Singapura berakhir pada Sabtu (16 Jul) selepas beliau dikalahkan pemain Indonesia, Anthony Ginting dalam pusingan separuh akhir acara perseorangan lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew kalah pusingan separuh akhir Terbuka Badminton S'pura

(Gambar: Persatuan Badminton Singapura)

SINGAPURA: Perjuangan jaguh badminton dunia, Loh Kean Yew dalam Terbuka Badminton Singapura berakhir pada Sabtu (16 Jul) selepas beliau dikalahkan pemain Indonesia, Anthony Ginting dalam pusingan separuh akhir acara perseorangan lelaki.

Ginting yang kini menduduki tangga keenam di dunia, mengalahkan Loh 21-17, 21-14 dalam masa 37 minit.

Ini sekali gus bermakna Loh gagal memecahkan rekod dipegang Wee Choon Seng yang merupakan warga Singapura terakhir yang memenangi acara itu pada tahun 1962.
 
Pada Sabtu, Loh, pemain nombor sembilan di dunia, mendahului set pertama dengan meraih 11-7. Namun lawannya berjaya membalas setiap pukulan Loh dan tampil lebih bertenaga.

Ini merupakan kali pertama Ginting berjaya mengalahkan Loh, yang sebelum ini berjaya menumpaskannya sebanyak dua kali.

Ginting akan berdepan dengan pemain Jepun, Kodai Naraoka di  pusingan akhir yang akan berlangsung pada Ahad (17 Jul) di Stadium Tertutup Singapura.
 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan