Loh Kean Yew kalah pusingan akhir Terbuka India
Juara dunia badminton Loh Kean Yew kecundang di tangan pemain dari India, Lakshya Sen dalam pusingan akhir acara perseorangan lelaki di Kejohanan Terbuka India pada Ahad (16 Jan).

SINGAPURA: Juara dunia badminton Loh Kean Yew kecundang di tangan pemain dari India, Lakshya Sen dalam pusingan akhir acara perseorangan lelaki di Kejohanan Terbuka India pada Ahad (16 Jan).
Loh dan Sen bersaing hebat dalam set pertama dengan Sen menang 24-22. Sen sekali lagi berjaya mengatasi Loh dalam set kedua 21-17, sekali gus menamatkan perlawanan dalam masa 54 minit.
Kejohanan Terbuka India kali ini terjejas COVID-19, dengan beberapa pemain menarik diri setelah diuji positif.
Loh mara ke pusingan akhir setelah pencabarnya dari Kanada Brian Yang, menarik diri daripada pusingan separuh akhir perlawanan pada Sabtu setelah dilaporkan jatuh sakit.
Dalam pada itu, beregu campuran negara, Terry Hee dan Tan Wei Han menewaskan pasangan dari Malaysia, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei untuk menang pingat emas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.