Loh Kean Yew kalah kepada lawan dari Thailand di separuh akhir Terbuka Indonesia
Pemain badminton Singapura, Loh Kean Yew, tersingkir daripada kejohanan Indonesia Masters pada Sabtu (24 Jan) selepas kalah kepada wakil Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul, 17-21, 17-21 dalam pusingan separuh akhir perseorangan lelaki.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemain badminton Singapura, Loh Kean Yew, tersingkir daripada kejohanan Indonesia Masters pada Sabtu (24 Jan) selepas kalah kepada wakil Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul, 17-21, 17-21 dalam pusingan separuh akhir perseorangan lelaki.
Pemain nombor 10 dunia itu memasuki perlawanan sebagai pemain pilihan. Beliau berada 34 kedudukan di atas Panitchaphon dalam ranking dunia dan memegang rekod kemenangan 2-0 ke atas pemain Thailand itu.
Namun, pemain Thailand itu mula menguasai perlawanan pada pertengahan set pertama dan terus menguasai permainan.
Loh memulakan set kedua dengan cemerlang dan meraih mata pembukaan.
Namun Panitchaphon segera menyamakan kedudukan sebelum mengambil alih sebagai pendahulu sehingga tamat perlawanan, sekali gus mencipta satu kejutan.
Ini merupakan kali pertama Loh mara ke peringkat separuh akhir Indonesia Masters sejak 2022, apabila beliau kalah kepada Chou Tien-chen.
Kali ini, Loh menundukkan pemain Taiwan itu dalam dua set berturut-turut pada peringkat suku akhir.
Minggu lalu, Loh terlepas peluang memenangi gelaran India Terbuka pertamanya selepas kalah kepada pemain Indonesia, Jonatan Christie, di peringkat separuh akhir.
Loh seterusnya akan beraksi dalam kejohanan Thailand Masters yang bermula pada Selasa.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.