Loh Kean Yew gagal teruskan kempen di Sukan Asia setelah kecundang di tangan pemain Malaysia

Pemain badminton negara Loh Kean Yew beraksi di Sukan Asia di Hangzhou pada 28 Sep 2023. (Gambar fail: Sport Singapore/Weixiang Lim)
HANGZHOU: Penampilan sulung Loh Kean Yew di Sukan Asia berakhir pada Selasa (3 Okt) setelah beliau kecundang 12-21, 14-21 di tangan atlit dari Malaysia Ng Tze Yong.
Dalam perlawanan pusingan perseorangan lelaki 32 yang berlangsung di Gimnasium Binjiang, Ng mengambil masa 45 minit sahaja untuk menumpaskan bekas juara dunia Loh.
Menurut data dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), ini merupakan pertemuan kali keempat bagi pemain nombor sembilan dunia, Loh dengan Ng. Pemain nombor 19 dunia itu kini sudah mengalahkan warga Singapura itu untuk kali ketiga.
Loh, yang tumpas pada pusingan pertama perseorangan lelaki, turut membuat penampilan dalam acara pasukan lelaki, di mana Singapura tewas 3-0 di tangan Jepun.
Singapura mempunyai baki seorang lagi wakil bagi acara perseorangan lelaki - Jason Teh. Beliau akan berdepan dengan atlit yang mempunyai kedudukan terunggul dari Indonesia, Anthony Ginting pada Rabu.
Dalam perseorangan wanita, pemain nombor 22 dunia Yeo Jia Min berjaya mara ke pusingan seterusnya setelah mengalahkan pemain dari Kazkhstan, Kamila Smagulova 21-7, 21-7.
Warga Singapura itu akan berdepan dengan pemain nombor tiga dunia dari China pada Rabu.
Anda boleh menonton Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di enam saluran khas di mewatch.
Log masuk sekarang ke mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanann secara PERCUMA, atau tonton sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.