Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew cipta sejarah ke final Kejuaraan Dunia 2021

Pemain badminton negara Loh Kean Yew menewaskan pemain nombor 3 dunia Anders Antonsen pada Sabtu (18 Dis) untuk menempah tempat ke peringkat akhir Kejohanan Dunia BWF.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemain badminton negara Loh Kean Yew menewaskan pemain nombor 3 dunia Anders Antonsen pada Sabtu (18 Dis) untuk menempah tempat ke peringkat akhir Kejohanan Dunia BWF.

Pemain nombor 22 dunia Singapura itu mengatasi pemain Denmark itu dengan straight set 23-21, 21-14 dalam separuh akhir perseorangan lelaki pada kejohanan di Huelva, Sepanyol.

Perlawanan itu merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pemain tersebut.

Loh, 24 tahun, akan menentang pemain India, Kidambi Srikanth dalam perlawanan akhir hari ini.

Kemenangan Loh itu dicapai sehari selepas dia menewaskan HS Prannoy dari India dalam perlawanan straight set untuk menjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa bersama sekali gus mencipta sejarah sebagai warga Singapura pertama yang pernah memenangi pingat di Kejohanan Dunia BWF.

Sebelum ini, Yeo Jia Min berjaya mara ke suku akhir perseorangan wanita pada Kejohanan Dunia edisi sebelum ini, manakala Ronald Susilo tersingkir pada peringkat suku akhir pada 2007.

Pasangan beregu campuran Chayut Triyachart dan Yao Lei turut mara ke suku akhir pada 2011, manakala Jiang Yanmei dan Li Yujia turut mencapai kejayaan yang sama pada 2007 bagi beregu wanita.

Loh memenangi gelaran Super 500 Jelajah Dunia BWF pertamanya di Terbuka Hylo bulan lalu. Dia juga merangkul mahkota Terbuka Belanda pada Oktober.

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan