Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew berjaya lanjut ke pusingan akhir Badminton perseorangan sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2022 07:38PM Dikemas Kini : 21 May 2022 09:25PM

HANOI: Loh Kean Yew dari Singapura mendapat tempat di pusingan akhir perseorangan lelaki Sukan SEA ke-31 pada Sabtu (21 Mei) selepas berjaya menewaskan Nguyen Tien Minh dari Vietnam.

Di gimnasium Bac Giang, Loh menewaskan pemain kegemaran tuan rumah 21-15, 10-21, 23-21 untuk layak ke perlawanan akhir temasya sukan itu buat kali kedua berturut-turut.

Ini merupakan kemenangan ketiga Loh ke atas Vietnam dalam empat perlawanan.

Loh yang juga merupakan juara dunia ke sepuluh, kini akan menentang pemain nombor 18 dunia daripada Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Kunlavut menewaskan pemain Singapura, Jason Teh 21-11, 21-12 dalam separuh akhir perseorangan lelaki yang lain. Jason Teh berada di kedudukan ke 88 dunia dan akan meraih pingat gangsa dalam acara tersebut.

Loh pernah ke pusingan akhir pada temasya sukan SEA pada 2019 namun membawa pulang pingat perak selepas tewas kepada pemain Malaysia, Lee Zii Jia.

Kali terakhir Singapura memenangi perseorangan lelaki di Sukan SEA adalah pada 1983 di Singapura. Pingat emas dimenangi oleh Wong Shoon Keat.

Dalam acara regu lelaki, Loh Kean Hean dan Terry Hee menentang pasukan paling hebat Indonesia Yeremia Rambitan dan Pramudya Kusumawardana namun mereka gagal ke pusingan akhir.

Kali terakhir pasukan regu Singapura lanjut ke pusingan akhir di dalam acara temasya sukan adalah pada 2007 apabila Hendra Wijaya dan Hendri Saputra merangkul pingat perak.

Dalam acara regu wanita, pasangan Singapura, Nur Insyirah Khan Abdul Hamid dan Bernice Lim tumbang 10-21, 7-21 kepada pasukan Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Gabungan Singapura itu menggondol pingat gangsa dalam acara tersebut.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan