Loh Kean Yew bawa pulang pingat perak Kejohanan Badminton Asia

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
SINGAPURA: Juara dunia pertama Singapura, Loh Kean Yew pada Ahad (30 Apr) kalah di peringkat akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia, namun tetap mencatatkan satu detik penting bagi dirinya.
Pertarungan antara pemain nombor tujuh dunia itu berakhir di tangan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, yang menundukkan Loh 21-12, 21-8 di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Bin Hamdan di Dubai untuk memenangi kejohanan tersebut.
Namun, atlit Singapura itu mencipta sejarah kerana beliau merupakan individu pertama dari Singapura untuk membawa pulang pingat perak dari pertandingan peringkat benua itu, menjangkaui pingat gangsa yang dirangkul oleh Indra Wijaya dalam acara perseorangan lelaki pada 2001, Xiao Luxi dalam acara perseorangan wanita pada 2002 dan gandingan Hendri Saputra dan Li Yujia pada 2006.
Saksikan detik-detik Kejohanan Badminton Asia 2023 di mewatch.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.