Skip to main content

Sukan

Loh Kean Yew akhiri kemarau kemenangan, tundukkan Kunlavut untuk mara ke separuh akhir Terbuka India

Loh Kean Yew pada Jumaat (16 Jan) mencatat kemenangan pertamanya ke atas pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn, sejak 2015 untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka India.
Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew akhiri kemarau kemenangan, tundukkan Kunlavut untuk mara ke separuh akhir Terbuka India
Pemain badminton Loh Kean Yew. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Loh Kean Yew pada Jumaat (16 Jan) mencatat kemenangan pertamanya ke atas pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn, sejak 2015 untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka India.

Di Stadium Tertutup Indira Gandhi, pemain pilihan kelapan dari Singapura itu kekal tenang dan mengerah segala kemampuan untuk mengalahkan pemain nombor dua dunia itu 14-21, 21-15, 21-17 dalam perlawanan mendebarkan selama 70 minit.

Kemenangan terakhir pemain nombor 10 dunia itu ke atas Kunlavut sebelum ini adalah pada Kejohanan Cabaran Antarabangsa Thailand 2015.

Loh seterusnya akan berdepan seorang lagi pesaing hebat iaitu pemain Indonesia, Jonatan Christie, pada Sabtu. Loh mempunyai rekod pertemuan 0-8 menentang pemain nombor empat dunia itu.

Pemain Singapura itu terpaksa mengatasi bukan sahaja lawan di gelanggang, tetapi juga “musuh berbulu pelepah” di kejohanan tersebut.

Perlawanan pusingan 16 terakhirnya menentang HS Prannoy pada Khamis terganggu dua kali akibat najis burung yang jatuh ke gelanggang.

Walaupun kalah pada set pertama, Loh memenangi perlawanan itu 18-21, 21-19, 21-14.

Beberapa pemain mengecam keadaan di kejohanan tersebut, dengan pemain Denmark, Anders Antonsen, menarik diri daripada acara itu kerana “pencemaran yang melampau” di Delhi.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita