Liverpool umum naikkan harga tiket musiman; "kejam dan tidak adil" kata penyokong

Para penyokong Liverpool mengibarkan bendera kelab itu di perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA antara Liverpool dengan FC Porto di stadium Anfield di Liverpool pada 9 April 2019. (Gambar fail : LLUIS GENE / AFP)
Bagaimanapun harga junior dan jualan am tempatan, akan terus dibekukan pada £9 (S$14.70) setiap tiket, manakala tidak lebih £17 (S$27.80) akan ditambah kepada harga tiket musiman.
"Harga lebih mahal itu adalah akibat peningkatan kos yang ketara di seluruh kelab," kata Liverpool dalam satu kenyataan. "Dalam lima tahun lalu, kos operasi tahunan bagi Anfield telah meningkat hampir 40 peratus dan kos api air meningkat 100 peratus musim ini."
Lembaga Penyokong LFC menyifatkan kenaikan harga itu sebagai "kejam, tidak adil, dan tidak munasabah" di tengah-tengah krisis kos sara hidup di Britain, di mana inflasi tahunan kekal melebihi 10 peratus.
"Peningkatan ini juga berlaku ketika LFC melaporkan jumlah rekod pendapatan, pendapatan daripada tajaan yang meningkat serta kejayaan di padang bola," kata Lembaga Penyokong itu.
Liverpool, kini di tempat keenam dalam kedudukan Liga Perdana, dan akan kehilangan pendapatan dari Liga Juara-Juara musim depan jika mereka gagal memenangi pertandingan itu atau menamatkan saingan di empat teratas liga dalam negeri.
Pasukan itu akan bertandang ke Real Madrid pada Rabu malam bagi perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara, selepas kalah pada perlawanan pertama 2-5 di padang sendiri pada pertengahan Februari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.