Liverpool tiba di SG bagi perlawanan persahabatan dengan Bayern Munich, Leicester City
(Gambar: Singapore Festival of Football Driven by CDG Zig)
SINGAPURA: Lebih 100 peminat Liverpool berkumpul di hotel The Ritz Carlton pada Jumaat (28 Jul) untuk menyambut kedatangan pasukan bola sepak itu.
Pasukan Liga Perdana England itu berada di Singapura bagi perlawanan persahabatan dengan Leicester City dan Bayern Munich.
Pengurus Jurgen Klopp antara yang pertama muncul dari bas pasukan itu dan beliau tidak mengecewakan para peminat, dengan mengambil selama 20 minit untuk berinteraksi, memberi autograf dan bergambar dengan para peminat.
Antara yang menerima sambutan paling meriah adalah pemain kegemaran seperti Mohamad Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold, yang menyambut sokongan peminat dengan senyuman lebar.
Para peminat juga berkesempatan menyaksikan para pemain baharu seperti Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai.
Liverpool akan menentang Leicester City di Stadium Negara pada Ahad (30 Jul), sebelum bertemu pemenang juara Bundesliga Bayern Munich pada Rabu depan (2 Ogos).
Pasukan itu juga akan mengadakan sesi latihan terbuka pada Sabtu (29 Jul)
Acara bola sepak itu sebahagian daripada pembukaan Festival Bola Sepak yang Didorong oleh CDG Zig, mulai 26 Julai hingga 2 Ogos.
Perlawanan pembukaan Rabu lalu (26 Jul) menyaksikan Tottenham Hotspur menewaskan kelab Liga Perdana Singapura, Lion City Sailors 5-1.
Mediacorp membawakan anda aksi bola sepak pramusim dari 15 Julai hingga 6 Ogos di mana beberapa kelab bola sepak terbesar turun padang dalam perlawanan persahabatan di seluruh Asia, Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Tonton semua perlawanan pramusim ini secara percuma, secara langsung atau ataupun melalui mewatch! Sorotan perlawanan juga akan disediakan di mewatch dan Saluran YouTube Hiburan Mediacorp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.