Liverpool setakat menang tipis 1-0 semasa lawan Huddersfield
Buat julung-julung kalinya, pengurus Liverpool Jurgen Klopp membayangkan beliau sudahpun berhasil mencari cara terbaik untuk meraih kemenangan dalam "perlawanan bertaraf sederhana" dalam kerjayanya, selepas kelab bola sepak itu menewaskan Huddersfield dengan keputusan 1-0.
Liverpool tewaskan Huddersfield dalam aksi Liga Perdana England. (Gambar: AFP)
LONDON: Buat julung-julung kalinya, pengurus Liverpool Jurgen Klopp membayangkan beliau sudahpun berhasil mencari cara terbaik untuk meraih kemenangan dalam "perlawanan bertaraf sederhana" dalam kerjayanya, selepas kelab bola sepak itu menewaskan Huddersfield dengan keputusan 1-0 dalam aksi Liga Perdana England.
Keputusan itu membolehkan Liverpool menduduki tangga kedua liga dan berkongsi 23 mata dengan pendahulu Manchester City.
Klopp berkata beliau tetap gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya biarpun meraih kemenangan tipis kerana yang paling penting adalah beliau sudah memperolehi formula bagi mendapatkan kemenangan dalam perlawanan sedemikian.
“Sebenarnya ada banyak cara berbeza untuk memenangi perlawanan sebegini dan ini adalah kali pertama saya memenangi perlawanan sebegini, saya fikir belum pernah merasainya selepas sembilan perlawanan.
“Bagi saya, apa yang kami capai setakat ini adalah luar biasa terutama apabila meraih 23 mata.
“Kini kami sudah ada satu cara terbaik untuk meraih gelaran dan ia adalah dengan memenangi perlawanan,” kata Klopp.
Dalam perlawanan tersebut, Liverpool dilihat bergelut untuk menambah jaringan menentang pasukan tangga ke-19 liga itu selepas gol awal daripada Mohamed Salah pada minit ke-24 memanfaatkan hantaran daripada Xherdan Shaqiri.
Liverpool kini hanya dibezakan dengan kelebihan dua mata daripada pasukan tangga ketiga Chelsea, yang turut berkongsi 21 mata dengan Tottenham Hotspur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.