Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool lawan Crystal Palace di S'pura pada 15 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool lawan Crystal Palace di S'pura pada 15 Jul

(Dari kiri) Penyerang Portugis Liverpool Diogo Jota, pemain tengah Mesir Liverpool Mohamed Salah dan pemain pertahanan England Liverpool Trent Alexander-Arnold memberi tepuka kepada para peminat menyusuli perlawanan bola sepak Liga Perdana England antara Liverpool dengan Everton di Anfield pada 24 Apr 2022. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Gergasi bola sepak England, Liverpool, akan berada di Singapura bagi perlawanan persabahatan menentang pasukan Liga Perdana England (EPL), Crystal Palace, pada lewat tahun ini. Berita itu diumumkan kelab tersebut pada Selasa (26 Apr).

Kedua-dua pasukan akan bertemu muka di Stadium Negara pada 15 Julai bagi merebut Piala Standard Chartered Singapore 2022 yang sulung, menurut pihak penganjur.

Liverpool juga akan mengadakan sesi latihan terbuka di Stadium Negara sehari sebelum perlawanan tersebut.

Pasukan The Reds itu kali terakhir mengunjungi Singapura pada 2011 di mana ia menganjurkan sesi latihan di sini.

Tiket-tiket biasa akan mula dijual pada 17 Mei. Harga tiket bermula dari S$149 dan boleh dibeli secara online. Tiket bagi sesi latihan terbuka pula berharga S$39.

"Pra-musim adalah tempoh penting untuk para pemain kerana ia merupakan persediaan bagi musim perlawanan yang akan menjelang dan juga peluang yang paling sesuai untuk bertemu dengan para peminat kami dari seluruh dunia," kata pengarah komersil Liverpool Ben Latty.

Liverpool juga akan berentap dengan Manchester United di Bangkok sebagai sebahagian daripada persediaan sebelum musim baru bermula.

Pengerusi Crystal Palace juga menantikan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Liverpool di Singapura.

"Kami tahu Singapura mempunyai ramai peminat yang menyokong tegar Liga Perdana dari jauh dan kami berharap dapat memikat lebih ramai penyokong untuk menyokong Crystal Palaca di akhir lawatan kami," kata Encik Steve Parish.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan