Liverpool kembali ke jalur kemenangan selepas benam Fulham 3-1
Liverpool kembali ke jalur kemenangan setelah membenam Fulham 3-1 di stadium Craven Cottage, London, pada Ahad (21 Apr) malam.
(Gambar: Getty Images)
The Reds kembali ke jalur kemenangan setelah harus rela menerima kekalahan 0-1 dari Crystal Palace sebelum ini.
Kemenangan Liverpool hasil jaringan gol-gol dari Trent Alexander-Arnold, Ryan Gravenberch dan Diogo Jota, manakala Fulham sempat membalas melalui Timothy Castagne.
Kemenangan ini juga mencerahkan peluang Liverpool untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mengumpul 74 mata daripada 33 perlawanan, sama dengan Arsenal di takhta liga.
Fulham pula masih berada di tangga ke-12 liga selepas mengutip 42 mata daripada 34 perlawanan.
Liverpool mendominasi perlawanan dengan mencatat 61 peratus penguasaan bola serta melepaskan 15 tendangan, yang mana tujuh tepat sasarannya.
Liverpool mengambil inisiatif menyerang terlebih dahulu dalam perlawanan ini dan memiliki peluang menerusi tendangan Luis Diaz.
Skuad Jurgen Klopp akhirnya berhasil mendahului melalui tendangan bebas Trent Alexander-Arnold, menjadikannya 1-0 pada minit ke-32.
Menjelang berakhirnya babak pertama, Fulham mampu menyamakan kedudukan melalui gol Timothy Castagne.
Pada separuh masa kedua, Liverpool mengambil inisiatif menyerang terlebih dahulu dan berjaya mendahului semula menerusi gol Ryan Gravenberch setelah menerima umpan dari Harvey Elliot pada minit ke-53.
Jota akhirnya mampu membolosi gawang Fulham melalui tendangan kaki kirinya selepas memanfaatkan umpan Cody Gakpo pada minit ke-72 untuk menjadikannya 3-1.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.