Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool kalahkan Leipzig 2-0 untuk akhiri badi kekalahan

Pemain Liverpool Mohamed Salah dan Sadio Mane menepati sasaran untuk mengakhiri badi tiga kekalahan berturut-turut dengan pasukan mereka mengejutkan RB Leipzig 2-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Selasa (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool kalahkan Leipzig 2-0 untuk akhiri badi kekalahan

Mohamed Salah jaringkan gol buat Liverpool menentang RB Leipzig dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada 16 Feb 2021 (Gambar: Reuters/Bernadett Szabo)

Diterbitkan : 17 Feb 2021 09:28AM Dikemas Kini : 17 Feb 2021 09:33AM

BUDAPEST: Pemain Liverpool Mohamed Salah dan Sadio Mane menepati sasaran untuk mengakhiri badi tiga kekalahan berturut-turut dengan pasukan mereka mengejutkan RB Leipzig 2-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Selasa (16 Feb).

Juergen Klopp tidak bergantung harap untuk pasukannya memenangi lagi gelaran Liga Perdana England setelah mereka kalah tiga perlawanan berturut-turut dalam liga tersebut tetapi harapan mereka masih cerah di Eropah.

Mereka memperolehi kelebihan ketara menjelang perlawanan pada 10 Mac, hasil dua kesilapan Leipzig.

Salah dengan mudah memintas hantaran belakang pemain Leipzig, Marcel Sabitzer untuk meletakkan The Reds di hadapan pada minit ke-53 sekali gus membuka laluan untuk kemenangan pertama mereka dalam mana-mana pertandingan sejak Januari.

Mane kemudian mengambil kesempatan daripada satu lagi kesilapan apabila Nordi Mukiele gagal menendang keluar satu hantaran jauh lima minit kemudian, yang meninggalkan pasukan dari Jerman itu dalam keadaan terkejut di Budapest Puskas Arena di mana perlawanan telah dipindahkan ekoran sekatan COVID-19 di Jerman.

"Ia perlawanan penting bagi kami, perlawanan yang sukar," kata kapten Liverpool Jordan Henderson. "Menjaga rekod bersih adalah penting bagi kami.

"Kami hanya ingin terus maju dan terus berjuang setiap kali kami bermain. Ada banyak situasi yang mencabar sepanjang musim ini, tetapi kami hanya perlu terus berdepan setiap perlawanan satu persatu dan menghadapi cabaran selangkah demi selangkah.

"Kemenangan yang baik tetapi hanya separuh tugas sudah selesai," tambahnya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan