Liverpool kalahkan Bournemouth 3-0
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Paul ELLIS)
LONDON: Liverpool meraih kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth di Liga Perdana England (EPL), yang menempatkan pasukan Arne Slot di tangga teratas untuk 24 jam pada Sabtu (21 Sep).
Pemain sayap Luis Diaz menjaringkan dua gol, manakala Darwin Nunez menjaringkan gol pertamanya pada musim ini, sedang Liverpool elak mengulangi kekalahan pada minggu lalu kepada Nottingham Forest.
Pasukan Slot kini mempunyai 12 mata, sama dengan Manchester City yang akan menentang Arsenal di stadium The Etihad pada Ahad (22 Sep).
Aston Villa mempamerkan prestasi hebat minggu ini selepas mengalahkan Wolverhampton Wanderers 3-1, dengan 12 mata selepas lima perlawanan.
Chelsea menunjukkan peningkatan selepas menang 3-0 ke atas West Ham. Namun, Newcastle United, yang boleh mendahului liga, mengalami kekalahan pertama musim ini, selepas dikalahkan Fulham 3-1.
Southamton dan Everton meraih mata pertama pada musim ini selepas masing-masing seri 1-1 dengan Ipswich Town dan Leicester City.
Brentford menjaringkan gol pada awal permainan buat dua minggu berturut-turut, namun kalah 3-1 kepada Tottenham Hotspur, di mana penyerang Dominic Solanke menjaringkan gol pertama buat kelab tersebut.
Manchester United pula seri 0-0 dengan Crystal Palace.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.